Subhanallah, Alhamdulillah,La ilahaillallah, Allahuakhbar,
Hari ini diangkat buku amalan ku, buku amalan yang aku yakin, penuh dengan dosa dan kemungkaran.
Ya, sama seperti Syaaban yang lalu, semuanya dipenuhi maksiat dan perkara keji yang dilakukan antara sedar mahupun tidak.
Keji dan hinanya diriku ini, aku mulakan buku baru dengan perkara maksiat juga.
Masih dengan aurat yang tidak tertutup, solat yang tidak dikerjakan, masih lagi bermusuh dengan saudara seagamaku. Aku masih apa, dan tidak bersyukur, hidup bersenang lenang di bumi ciptaanMu namun aku tidak pernah sujud kepadaMu.
Aku dikalangan orang yang terhalang mendapat hidayahMu ya Allah.
Aku dikalangan yang fasik ya Allah.
Aku dikalangan yang munafik ya Allah.
Aku dikalangan mereka yang sentiasa dimurkaiMu ya Allah.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu, bersihkanlah hati ku ini dari kemaksiatan yang telah ku lakukan selama ini, aku tidak ingin buku amalan ku tetap sama seperti buku-buku amalan ku yang sebelumnya.
Aku mahu memaafkan mereka yang menyakiti ku.
Aku mahu dimaafkan mereka yang disakitiku.
Aku mahu dikalangan orang yang sentiasa mendapat hidayah dan rahmatMu.
Aku mahu menjadi wanita solehah.
Aku mahu menjadi bidadari syurgaMu.
Aku mahu membahagiakan kedua umi dan abah ku.
Masihkah punya kesempatan untukku ya Rabb?
No comments:
Post a Comment