Pelbagai ragam manusia yang perlu dihadapi setiap hari.
Semua mereka ni masih dengan kelakuan depa seperti hari yang sebelumnya,
Ada yang menyenangkan hati, tak kurang juga, banyak yang menyakitkan hati ini.
Aku pu napa kurangnya, turut sama menyakitkan hati depa kembali. Haha
Cuma yang buat aku sedih, segelintir dari depa ni, macam tak pernah peduli dengan diri sendiri. Yelah, ada yang datang tu, dah beristeri,beranak, malah ada yang dah bercucu dan bercicit, tapi masih lagi menghabiskan masa dan wang ringgit depa di pusat hiburan.
Tak terfikirkah tentang keluarga di rumah tu ? Entah cukup tak keperluan sekolah anak-anak , cukup ka duit yang diberi kat isteri buat belanja keperluan rumah dan anak-anak.
Macam-macam fiil manusia ni.
Ada tu, yang tak pandai baca 'NO SMOKING' tu apa, yela, kalau hang tak pandai baca omputeh pun, takkan tak pandai baca simbol 'NO SMOKING' tu. hmm, dah penat aku menegur. Cara halus ,takyah bilang la, berjuta kali rasanya. Cara kasar pun dah buat, atau depa ni jenis yang tak pandai hormat orang lain, mungkin lah kan (:
Yang jenis panggil orang hoi hoi pon ada, hish, mana pergi adab hang , kat rumah panggil mak,ayah pun hoi hoi ka?
Ya, depa semua lelaki. Lelaki yang banyak habis masa kat cyber cafe dan pusat snuker ni.
Jelak dan jemu aku jumpa depa hari-hari.
No comments:
Post a Comment